Monday, December 22, 2008

TUGAS GURU MATA PELAJARAN / SUBJEK ( Ruj 2009 )

TUGAS GURU MATA PELAJARAN / SUBJEK

1. Mengajar mata pelajaran yang telah ditetapkan untuknya mengikut kaedah/ peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang ada. Erti "Mengajar" yang dimaksudkan adalah alam Pendidikan dan Pelajaran.

2. Sentiasa mengemas kini buku persediaan mengajar/ buku rekod guru.

3. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan/ menghuraikan kandungan dan hasrat sukatan pelajaran yang sah dan yang berkuatkuasa.


4. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan matapelajaran-matapelajaran yang diajar, serta menentu dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir dan di tiap-tiap penggal bagi tiap-tiap tingkatan.

5. Berusaha untuk mengetahui aspek-aspek penting berhubung dengan matapelajaran-matapelajaran yang diajar seperti :Buku-buku teks, Buku-buku rujukan, Peralatan, Nama dan kod matapelajaran / kertas soalan peperiksaan, Bentuk-bentuk soalan peperiksaan dan sebagainya.

6. Melengkapkan diri dari semasa ke semasa mengenai kaedah / pendekatan atau pengetahuan mengenai perkara-perkara yang diajar.

7. Menghadiri kursus, seminar, pameran, taklimat mesyuarat berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar. Memberi taklimat kepada guru-guru berkenaan (guru-guru mata pelajaran yang lain, guru kanan mata pelajaran atau Guru Besar sendiri) sekembalinya dari menghadiri kursus, seminar dan sebagainya.

8. Memberi kerjasama (seperti memberi/ menerima cadangan-cadangan, laporan dan sebagainya) kepada unit-unit lain seperti :Unit buku teks, Unit perpustakaan sekolah, Unit perpustakaan guru, Unit peperiksaan, Unit alat-alat pandang dan dengar, Guru tingkatan dan sebagainya

9. Sentiasa berusaha mencari jalan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meninggikan taraf pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar sesuai dengan kehendak-kehendak yang terkandung dalam tatasusila profesyen perguruan.

10. Membantu Guru Besar menjaga kebersihan dan keselamatan alat-alat, radas-radas dan sebagainya yang digunakan dan mempastikan penggunaan alatan mengajar dan bertanggungjawab menyumbangkan alatan mengajar bagi penubuhan pusat sumber.

11. Ahli panitia mata pelajaran bertanggungjawab kepada mutu pencapaian mata pelajaran yang diajar.

12. Memberikan kerjasama dengan mematuhi dan melaksanakan segala cadangan atau sebagainya dari guru kanan mata pelajaran.

13. Memberitahu guru kanan mata pelajaran mengenai alatan mengajar.

14. Alat-alat pengajaran hendaklah digunakan dengan meluas sewaktu mengajar.

15. Buku rekod hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk diperiksa pada setiap hari Jumaat.

16. Murid-murid hendaklah selalu diberi kerja latihan yang cukup dan haruslah yang berupa pembelajaran yang sebenar.

17. Semua kerja latihan murid-murid hendaklah diperiksa dengan cermat. Pemeriksaan kerja latihan murid-murid tidak boleh dilakukan di dalam bilik darjah kecuali atas tujuan "personal attention" atau pemulihan seseorang.

18. Menjalani penilaian bulanan/ pelanggan/ akhir tahun dan keputusan peperiksaan/ penilaian yang bermutu adalah tanggungjawab penuh guru-guru berkenaan. Setelah diadakan penilaian kerja-kerja mengesan kawasan kelemahan murid-murid hendaklah dibuat.

19. Menjalani kerja-kerja pemulihan setelah kelemahan-kelemahan mengkaji semula bagi menentukan pendekatan dan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

20. Mengadakan kelas-kelas tambahan adalah digalakkan.

21. Memahami dan mengesan aspek-aspek kandungan dan kemahiran yang telah/ belum dipelajari atau dikuasai oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran atau sebelum menyediakan rancangan pelajaran awal di perngkat-peringkat tertentu, khasnya di awal tahun iaitu dengan mengadakan penilaian prognostic.

22. Mengadakan satu sistem yang kemas mengenai buku kerja murid.