Monday, December 22, 2008

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS ( Ruj 2009 )

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Jadual Kedatangan Kelas

a. Merekodkan semua butir murid dalam daftar kedatangan terutamanya bahagian yuran khas, nombor masuk sekolah dan butir diri murid.

b. Menandakan kedatangan harian murid-murid dan serahkan ke pejabat sebelum 9.00 pagi .

c. Menutup jadual kedatangan murid pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkannya kepada guru yang bertanggungjawab.

d. Mencatatkan pertukaran masuk/ keluar murid dan memberitahu guru pendaftaran untuk catatan dalam buku pendaftaran sekolah.

e. Meminta murid membawa surat dari ibu bapa atau penjaga atau doktor sekiranya tidak hadir di sekolah.



Pungutan Wang Rampai atau Yuran Khas dan Yuran-yuran Lain :-

a. Mengutip wang yuran khas dan yuran peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan.

b. Resit hendaklah dikeluarkan dan direkod dalam jadual kedatangan atau buku rekod
mengajar

c. Menyediakan penyata kutipan wang rampai setiap penggal atau bulan.

d. Wang pungutan hendaklah diserahkan kepada kerani kewangan secepat mungkin mengikut hari dan masa yang ditetapkan dan mesti terima resit resmi serta merta



Akademik

a. Merekodkan keputusan ujian atau peperiksaan dalam buku rekod mengajar, buku penyata kemajuan atau KLUB yang diserahkan kepada Guru Besar pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

b. Mengisi markah peperiksaan penggal setengah tahun/ akhir tahun dalam borang jadual markah besar.

c. Mengemas kini kad 001, kad ujian daya tenaga asas, kad kokurikulum dan kesihatan, menyerahkan kepada guru bimbingan dan kaunseling. Guru tingkatan satu hendaklah mengarahkan murid membeli daripada kedai buku sekolah.



Bilik Darjah

a. Memastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah, seperti menampalkan pekeliling sekolah, jadual waktu sukan, peraturan sekolah dan sebagainya.

b. Menjaga keadaan fizikal kelas serta susunatur alat perabot di dalamnya.

c. Guru kelas hendaklah memastikan kelasnya di dalam keadaan bersih dan terhias.




Bantuan dan Biasiswa

a. Membuat cadangan murid-murid yang layak diberi bantuan BKP atau bantuan-bantuan persekolahan yang lain dari masa ke semasa.

b. Mengisi maklumat bagi pihak Guru Besar dalam borang BKP atau bantuan-bantuan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar



Lain-lain

a. Melantik ketua darjah dan penolongnya serta ahli jawatankuasa kelas dan pastikan tugas mereka dilaksanakan.

b. Memastikan ahli jawatankuasa kelas membuat laporan harian bilik darjah seperti yang telah disediakan.

c. Menyediakan borang surat akuan murid tingkatan tingkatan tiga atau lima yang akan digunakan oleh Guru Besar bagi tujuan mengeluarkan sijil berhenti.

d. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya.

e. Melaporkan murid-murid yang perlu diberi bimbingan atau kaunseling kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta memberikan kerjasama yang diperlukan.

f. Bertanggungjawab tentang kebajikan kelasnya.

g. Menyediakan penyediaan sudut-sudut bagi mata pelajaran dan pastikan sudut-sudut ini diisi dengan guntingan-guntingan surat khabar, contoh-contoh karya dan artikel-arikel yang baik untuk rujukan murid.

h. Menjadi mentor kepada sebahagian pelajar di kelasnya.