Monday, December 22, 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : ( Ruj 2009 )

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :


Semua Guru Adalah Guru Disiplin



Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin
di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau
menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan
oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian
Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolahsekolah.
2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar”.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan
Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.
3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai gru
disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah
laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive),
didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang
sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru
hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin,
penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid
hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu
menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman
tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru
besar agar arahan ini dipatuhi.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia