Monday, December 22, 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1996 : ( Ruj 2009 )

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1996 :


Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah


Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan bahawa ada
sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat menjalankan kuasa
disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang
terbukti bersalah melakukan kesalahan-kesalahan berat. Terdapat laporan di mana muridmurid
yang bertindak seperti “samseng” dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain
yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan
Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap
guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui
pelaksanaan disiplin yang baik.
2. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang
bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guruguru
dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah
meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang
sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah
dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang
melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga
kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.
3. Sila tegaskan kandungan surat pekeliling kepada semua Pengetua dan Guru Besar
di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia