Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan
Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa
Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun
Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)
Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan
Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.
Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiran
Hasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Dan catatan