Monday, December 22, 2008

Penyediaan Rancangan Harian

Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan
Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut.
Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.
Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat
Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut:
Tarikh

Hari

Mata pelajaran

Tahun

Masa

Tajuk/bidang pembelajaran

Hasil/Objektif Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran

Latihan/Lembaran kerja yang diberi

Refleksi Guru