Saturday, November 29, 2008

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNJAWAB GURU SUMBER

1. Pembelian Alat/Bahan

a. membuat senari alat/bahan yang diperlukan oleh semua bahagian
b. mendapat sebutharga bagi barang-barang yang hendak dibeli
c. mendapatkan senarai Penender Pusat
d. memesan barang-barang setelah diluluskan.
e. Menerima alat/bahan dan menyemak bilangan dan spesifikasinya.

2. Penyimpanan Stok

a. memasukkan alat/bahan dalam stok
b. menyediakan buku rekod pinjaman
c. memastikan alat/bahan yang dikeluarkan itu dalam keadaan yang baik dan dikembalikan dalam keadaan yang sama
d. menyediakan tempat menyimpan alat/bahan
e. mengurus-rawat alat bahan yang rosak
f. mengawasi dan menyelenggarakan keselamatan alat/bahan

3. Penyediaan Katalog

a. menyediakan katalog bagi semua bahan yang ada
b. menyimpan rekod penggunaan bahan-bahan ini oleh guru-guru

4. Penggunaan Radio Pendidikan

a. membuat rakaman bagi setiap tajuk yang sesuai
b. melael/menjudul dan membuat ringkasan setiap siaran yang dirakamkan
c. menyenaraikan setiap yang dirakam dan mengedarkan kepada guru-guru yang berkenaan
d. menyediakan katalog rakaman pita kaset
e. menyelaraskan jadual waktu siaran dengan jadual waktu sekolah.

5. Penggunaan TV Pendidikan

a. membuat rakaman kaset video setiap tajuk yang sesuai
b. menyenaraikan dan menyediakan katalog setiap tajuk yang dirakamkan
c. menyelaraskan jadual waktu siaran dengan jadual waktu sekolah

6. Pengeluaran Alat/Bahan

a. memberi pimpinan kepada guru –guru dan murid-murid berhubung dengan pengeluaran alat/bahan media
b. menyelenggarakan alat perkakas yang digunakan
c. merancang dan menyelaraskan pengeluaran alat/bahan oleh guru-guru dan murid-murid
d. menilai kesesuaian alat/bahan dengan keperluan sekolah

7. Pentadbiran
a. menguruskan penggunaan bilik media dan bilik khas
b. merancang anggaran perbelanjaan tahunan
c. menyelia, menasihat dan merancang perkhidmatan yang sesuai melalui Perkhidmatan Sebaran Pendidikan
d. berhubung rapat dengan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (Ibu Pejabat Dan Negeri) dan agaensi lain yang berkaitan
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.