1. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan supaya benar-benar teratur dan bergerak
2. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
a. menganjur/menyertai peraduan-peraduan
b. mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai
c. menganjurkan ceramah, seminar, forum.
d. Mengadakan lawatan sambil belajar
e. Kegiatan-kegiatan lain
3. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan persatuan
4. Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran
5. Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.