Saturday, November 14, 2009

Arahan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran

Arahan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran

1 Rancangan Pelajaran Harian
1.1 Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dengan mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid.
1.2 Guru menyediakan Perancangan Pelajaran Harian yang mengandungi sekurang-kurangnya:-
1.2.1. Objektif ( dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur serta merangkumi pengetahuan keupayaan murid dan peruntukan masa.
1.2.2. Aktiviti ( Cara bagaimana hendak mencapai objektif, bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa.
1.2.3. Penilaian Kendiri secara bertulis ( terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta merancang melakukan penambahbaikan.

2 Set Induksi. Guru melaksanakan set induksi yang:
2.1 Menarik perhatian dan merangsang minat murid.
2.2 Menjurus kea rah kesediaan minda murid ( seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekiraran.

3 Penyampaian / Perkembangan Pelajarean. Guru menyampaikan pengajaran dengan:-
3.1 Mengamalkan pendekatan bersasarkan prinsip pengajaran asas ( daripada mudah kepada kompleks, daripada konkrik kepada abstrak
3.2 Menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan harian murid.
3.3 Menggunakan bahasa ( laras dan istilah ) yang tepat.
3.4 Menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeningkatan dan perkembangan pengajaran.
3.5 Menggunakan masa dengan optimum.
3.6 Menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan sessuai.
3.7 .Menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3.8 Menggunakan pendekatan dan kaedah berpusatkan murid.
3.9 .Melaksanakan aktiviti mengikuti tahap kebolehan murid.
3.10 Melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan ( Verbal-linguistik, muzik, logic-matematik, interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestetik, naturalis).
3.11 Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pelbagai deria.
3.12 Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru.
3.13 Menerapkan kemahiran berfikir.

3.14 .Melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum ( Hahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan ).
3.15 Fleksibel mengikut situasi.
3.16 Penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran ( lisan / penulisan / pemerhatian )
4 Teknik penyoalan guru-guru menyoal murid dengan:
4.1 Mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif ( contohnya berdasarkan taksonomi Bloom )
4.2 Menyusun aras soalan dari mudah ke sukar.
4.3 Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah.
4.4 Mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami.
4.5 Menyebarkan soalan ke seluruh kelas.
4.6 Memberi masa untuk murid berfikir.
4.7 Mencungkil jawapan daripada murid.
4.8 Mengalih arah soalan kepada murid-murid lain.
4.9 Memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid.
5 Penglibatan murid-murid mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan:
5.1 Membawa peralatan atau bahan yang diperlukan (jika berkenaan)
5.2 Membuat persediaan awal.
5.3 Membuat catatan daripada pengajaran guru (jika berkenaan)
5.4 Mengemukakan soalan atau pendapat secara spontan.
5.5 Membuat rujukan spontan (jika berkenaan )
5.6 Menjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru.
5.7 Berintraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan.
5.8 Memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan.
5.9 Menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan ( jika berkenaan).
6 Peneguhan dan Pengukuhan. Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan:
6.1 Memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik.
6.2 Mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid.
6.3 Memberi tgeguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negative murid.

7 Latihan dan tugasan – Guru memberikan latihan atau tugasan ( termasuk projek, kerja rumah ) kepada murid dengan :
7.1 Mengikut keupayaan dan kebolehan murid.
7.2 Mempelbagaikan jenisnya.
7.3 Tugasan berkait dengan tajuk yang dipelajari.
7.4 Menekankan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan.
8 Pemeriksaan latihan dan tugasan murid – Guru memeriksa latihan dan tugasan dengan:
8.1 Menunjukkan kesilapan murid.
8.2 Memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang munasabah.
8.3 Memberi ulasan yang membina.
8.4 Memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik.
8.5 Memastikan murid membuat pembetulan.
9 Penutupan- Guru mengakhiri pengajaran dengan:
9.1 Membuat penutupan kognitif ( rumusan dijalankan sama ada oleh guru / murid atau membuat penilaian secara lisan / tulisan )
9.2 Membuat penutupan sasial ( kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang.




37 STRATEGI PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BELAJAR

1. Pembelajaran Masteri
2. Pembelajaran Kolaboratif
3. Pembelajaran Koperatif
4. Pembelajaran Konstruktivisme
5. Pembelajaran Kontekstual
6. Simulasi
7. Main Peranan ( Role-play)
8. “Lecturate” (Syarahan)
9. Permainan
10. Ceramah
11. Tunjuk Cara
12. Guided Learning Approach ( GLA )
13. Sumbangsaran
14. Hafazan
15. Amali
16. Dialog
17. Temubual
18. Pembelajaran Melalui Pengalaman
19. ( Experiential Learning )
20. Peer Group Teaching




21. ( Pembelajaran Melalui Rakan Sejawat )
22. “Theory Of Constrain”
23. “ Accelerated Learning”
24. “Self-access Learning”
25. “Newspaper-in-Education” (NIE)
26. Belajar Sambil Melawat
27. Kajian Lapangan
28. “Smart Learning”
29. ICT ( Teknologi Maklumat dan Konunikasi )
30. “Co,mputer Aided Learning”
31. Inkuari Penemuan
32. Penyelidikan (Research)
33. Pemerhatian (Observation)
34. Kaedah Berfokus
35. Kaedah Global
36. Ramal/ Pelujnjuran ( Prediction / Projection )
37. Telahan ( Inference )
38. Intuisi/ Gerak Hati ( Intuition)
39. Ilham/ Inspirasi ( Inspiration)