Thursday, December 25, 2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil/1981


Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.

Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.


2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahun semua Guru Besar supaya:-

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu lang ( free period) adalah masa bekerja.

2.2. Guru besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:-

2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya.

2.2.3 Memeriksa buku latihan murid-murid.

2.2.4 Mengadakan pertermuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.

2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.


Tegasnya , waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah amnya.


3. Harap dapat surat pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar untuk panduan dan tindakan mereka.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(DATO’HAJI IDRIS BIN HJ. TAIN)
Bahagian Sekolah-Sekolah