Monday, December 22, 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1995 : ( Ruj 2009 )

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1995 :


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan
Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah


Sebagaimana Y.Bhg. Datuk/Tuan sedia maklum bahawa keselamatan semasa pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kegiatan kokurikulum dan sukan adalah sentiasa
diutamakan. Walau bagaimanapun kemalangan atau kecederaan mungkin boleh berlaku
tanpa diduga.
2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua guru Pendidikan
Jasmani dan Sukan supaya berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh
menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan pelajar
semestinya menjadi pertimbangan utama.
3. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang boleh
dilaksanakan :-
3.1 Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
3.1.1 Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.
3.1.2 Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alatalat
sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.
3.2 Guru Kokurikulum dan Sukan
3.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan
pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
dan sukan.
3.2.2 Guru-guru hendaklah mempastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
3.3 Pelajar
3.3.1 Semua pelajar mestilah mematuhi setiap arahan guru dengan
sepenuhnya semasa mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan atau gerakerja kokurikulum dan sukan.
3.3.2 Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan hendaklah berada bersama guru.
3.4 Stor Sukan
3.4.1 Stor sukan mestilah kemas dan tersusun.
3.4.2 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat-tempat yang mudah
diambil untuk kegunaan.
3.4.3 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam
buku ’keluar dan masuk alat-alat sukan’.
3.5 Cuaca/Musim
3.5.1 Guru hendaklah menggunakan budi bicara supaya keadaan
cuaca/musim tidak membahayakan pelajar sewaktu melaksanakan
aktiviti.
3.6 Laporan Kemalangan atau Kecederaan
3.6.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah
disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.
3.7 Skim Perlindungan Diri
3.7.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua
pelajar.
3.8 Penyelenggaraan Peralatan Sukan
3.8.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/Setiausaha Sukan
hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor dan
alat-alat sukan dari masa ke masa untuk mempastikan semua peralatan
sukan dalam keadaan baik.
4. Y.Bhg. Datuk/Tuan adalah diminta menyebarkan kandungan surat ini kepada semua
sekolah-sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
(DATUK HAJI ABDUL TALIB BIN MD ZIN)
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia