Guru mempunyai peranan yang khusus iaitu:
* Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran, merangsang dan meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar, serta memotivasikan mereka untuk belajar.
* Menyediakan pelajar dengan makna belajar iaitu dengan maklumat, sumber-sumber maklumat serta menyediakan kemudahan seperti perpustakaan m makmal dan peralatan.
* Memandu pelajar dalam pembelajaran seperti mengatasi masalah kesukaran belajar, menunjukkan cara-cara memperoleh pengetahuan di bidang-bidang lain.
* Melihat perkembangan kemajuan pelajar, sentiasa menguji pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran.
* Membuat kerja-kerja pemulihan jika kemajuan mereka tidak memuaskan.