Monday, December 22, 2008

Soalan-soalan Penilaian Kendiri Untuk Guru

Soalan-soalan berikut adalah untuk penilaian kendiri guru.

1. Apakah yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran/DSKP  KSSR berkenaan dengan Mata Pelajaran yang cikgu akan mengajar?

2. Apakah yang terkandung dalam DSK KSSR berkenaan dengan Mata Pelajaran yang cikgu akan mengajar?

3. Apakah kemahiran-kaemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar-pelajar yang akan diajar oleh guru pada tahun semasa?

4. Berapakah bilangan perkataan baru yang perlu dibelajar oleh pelajar pada sesuatu tahun untuk mata pelajaran yang cikgu akan mengajar pada tahun semasa? ( untuk dijawab oleh guru Bahasa )

5. Apakah program perancangan peningkatan yang akan dilaksanakan oleh Cikgu?

6. Adakah cikgu membuat refleksi berpandukan pencapaian cikgu pada tahun lepas?

7. Aktiviti-aktiviti apakah yang cikgu telah rancang untuk diamalkan dalam Pd P?


8. Apakan ABM/BBM yang akan digunakan oleh cikgu?

9. Apakah program pemulihan yang cikgu akan laksanakan?

10. Apakah hasrat cikgu terhadap pelajar?

11. Adakan cikgu telah merancang pelbagai jenis latihan yang sesuai untuk pelajar-pelajar yang akan diajar oleh cikgu?

12. Adakah Rancangan tahunan telah dibuat berdasarkan tahun semasa ?

13. Adakah cikgu bersedia meningkatkan kualiti PdP demi kepentingan pelajar?

14. Adakah cikgu mengajar mengikut suasana kelas dan kemampuan pelajar?

15. Adakan cikgu menguasai kemahiran topik/mata pelajaran berkenaan terlebih dahulu sebelum mengajar ?

16. Adakah cikgu sudi mencari maklumat berkenaan topik yang akan diajar oleh cikgu?

17. Sudikah cikgu meluangkan sedikit masa ( sehari 1 minit ) untuk mengadakan interaksi sosial penutupan sebagai satu proses pengukuhan perhubungan / mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan?

18. Sudikah cikgu membuat refleksi selepas setiap PdP?

19. Sudikah cikgu mengambil tindakan susulan selepas membuat refleksi PdP ?


20. Apakah perasaan cikgu jika target yang ditetapkan tidak tercapai?