Saturday, November 29, 2008

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah

2. Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

3. Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah

4. Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya

5. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu

6. Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.

7. Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.

8. Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.

9. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah

10. Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah

11. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.