Saturday, November 29, 2008

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU MATA PELAJARAN

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya

B. Membuat Perancangan (P&P)

1. Meracang P & P tahunan mengiktu Sukatan Pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan
2. Menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian
3. Menyediakan rancangan mengajar bersaingan selain Buku Rekod Persediaan Mengajar
4. Merancang ujian berasskan tajuk bahan P & P , ujian mingguan, bulanan atau tahunan.
5. Merekodkan penilaian dan keptusan ujian yang kemaskini di dalam Muku Kemajuan murid
6. Merancang tindakan-tindakan susulan terhadap penilaian/keputusan ujian berkenaan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-muridf

C. Melaksanakan Pelbagai Tugas Khus

1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan guru atau seumpamanya.
2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain
3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar
4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.
5. Mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti diagihkan oleh PK(KK)

D Menjaga Disiplin, Keselamatan dan Kebajikan Murid

1. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid
2. Mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi P & P
3. Mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai di kalangan murid

E Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah.

1. Mengutamakan disiplin di samping P & P
2. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkkapan yang sedia ada
3. Memastikan suasana bersih, kemas dan teratur
4. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes murid ponteng.
F Mengendalikan Pelbagai Tugas Rasmi Lain

1. Mengambilalih tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya.
2. Menjadi guru pengganti atau guru “ sit-in” dari masa ke semasa
3. Mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan Guru Besar
4. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahakan oleh Jabatan Pendidikan/GB/Pk1/PK2/PK KK/PP