Thursday, October 2, 2008

Pengurusan Pemberian Latihan Kepada Pelajar

Pengurusan Pemberian Latihan Kepada Pelajar
A) Sikap dan Kualiti Guru
1) Jelas tanggungjawab yang diamanahkan.
2) Sentiasa berinitiatif untuk membuat penamabahbaikan .
3) Mempunyai misi/visi/hasrat yang tinggi dan bersifat positif.
4) Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang tidak mematuhi kriteria yang di tetapkan.

B) Perancangan
1) Penetapan Latihan/Tugasan mengikut huraian sukatan pelajaran.
2) Merangkumi semua kemahiran yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran.
3) Perancangan tahunan bilangan latihan mengikut topik supaya tidak tercicir topik yang patut diajar.
4) Penetapan latihan minima mingguan/bulanan/tahunan.
5) Merancang latihan yang khas/ alternatif untuk pelajar yang perlu pemulihan.
6) Elakkan pelajar lemah hanya salin sepanjang tahun tanpa memberi latihan yang sesuai untuk penguasaan asas yang sepatutnya.
7) Merancang latihan pengkayaan kepada pelajar yang sudah menguasai kemahairan.

C) Penyemakan
1) Memberi gred kepada setiap semakan dan tandakan tarikh periksa.
2) Periksa dengan segera tanpa tangguh dan serah balik kepada pelajar secepat mungkin ( tidak lebih 3 hari )
3) Memberi komen yang sesuai pada buku latihan pelajar jika perlu.
4) Memastikan setiap pelajar membuat pembetulan.


D) Penghantaran
1) Memastikan setiap pelajar membuat tugasan mengikut pesanan guru.
2) Memastikan pelajar hantar tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
3) Menyemak dan memastikan semua pelajar membuat tugasan dengan kemas.
4) Menggalakkan dan membimbing pelajar membuat sendiri tugasan yang diberi tanpa tiru.


E) Kualiti Hasil Kerja Pelajar
1) Tulisan Kemas.
2) Hasi kerja Tulin /Tidak meniru.
3) Ada membuat pembetulan.
4) Ada catat Tajuk, Tarikh dan Bilangan pada setiap latihan baru yang diberi.
5) Kulit buku latihan ada tercatat nama pelajar, darjah, tajuk/jenis buku latihan, nama guru matapelajaran.

F) Penilaian
1) Menilai hasil kerja pelajar dengan teliti untuk mendapat maklum balas samada objektif P & P tercapai atau tidak dan seterusnya mengambil langkah untuk tindakan susulan.
2) Menilai dan membuat refleksi hasil kerja pelajar dan seterusnya mengambil langkah untuk membaik pulih kelemahan pelajar.
3) Menilai untuk memastikan latihan yang diberi kepada pelajar itu member makna kepadanya.
4) Sentiasa membuat penilaian terhadap hasil kerja pelajar supaya objektif asas yang ditetapkan tercapai.