Monday, September 22, 2008

Kontek Time 29.9.2008

Refleksi Tahunan 2008

Guru perlu membuat refleksi terhadap aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun ini. Tinjau balik apa yang telah berjaya dilaksanakan dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki. Yang baik itu kita kekal dan tingkatkan lagi. Yang tidak baik itu, buat lah sesuatu untuk penambahbaikkan pada masa akan datang. Buat juga perbandingan kemajuan pelajar yang kita ajar samada mereka ada kemajuan atau tidak. Renung balik apa yang kita buat terhadap mereka, adakah apa yang kita buat itu ada membantu perkembangan yang seimbang terhadap mereka. Apakah kesan yang kita tinggalkan kepada mereka. Kesan yang baik atau sebaliknya. Buat refleksi tentang aktiviti dan teknik mengajar cikgu, supaya pada masa akan datang nanti ada peningkatan.

Kadang-kadang cikgu rasa pelajar tidak mahu belajar. Cikgu pun rasa tertekan dan salahkan pelajar tidak mahu belajar. Ini adalah sikap yang negatif. Kita perlu bersikap positif, berikhtiarlah supaya minat pelajar dapat dipupuk, janganlah berputus asa. Anggaplah ia sebagai tanggungjawab guru. Sekali tidak berjaya, buatlah kali kedua dan seterusnya. Bagaimana hendak memumuk minat pelajar, pertama sekali guru mesti berkeyakinan dan berusaha dulu. Kalau guru pun tidak berkeyakinan, belum mula pun sudah gagal. Oleh itu, kita perlu bersabar. Cubalah pelbagai cara untuk penambahbaikan.

Terdapat juga pelajar-pelajar yang pandai meneka isi hati cikgu. Oleh itu, kalau isi hati kita dapat diteka oleh mereka, guru akan senang dipermainkan oleh pelajar. Sejurus itu, berpandai-pandailah guru didepan pelajar.

Sukatan Pelajaran dan Huraian sukatan pelajaran adalah inti yang penting dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran kita. Guru perlulah faham betul-betul kedua-dua panduan ini. Rancangan tahunan adalah berdasarkan kepada dua-dua panduan ini. Jika guru tidak merujuk kedua-dua panduan ini, tugas kita tidak akan sempurna.

Dalam P & P bahasa, 4 aspek perlu diberi keutamaan. Ia itu, pendengaran, bertutur, membaca dan penulisan. Keempat-empat aspek ini perlu sama-sama diberi keutamaan. Jika P & P tidak memberi keutamaan pada salah satu aspek yang tersebut di atas pada peringkat awalan ; maka ia akan timbulkan masalah bukan sahaja terhadap pelajar itu sendiri, malah guru akan merasa sukar untuk meneruskan P & P pada tahap yang lebih tinggi. Buatlah persediaan mengajar yang rapi pada masa cuti penggal akhir tahun, ini akan memudahkan guru untuk menjalankan tugas sepanjang tahun yang akan datang. Jika persediaan longgar dan tidak rapi , masalah akan dihadapi oleh guru sendiri pada masa akan datang.


Selain itu, latihan yang secukupnya perlu diberi kepada pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, applikasikan kaedah latih tubi.

Hari KOKO
3/10/2008 di Tunda pada 7/10/2008
Sila Baca kertas kerja yang diedarkan dan tandatangan.

Aktiviti Koko Waktu Petang
Keselamatan pelajar diutamakan.
Tunjuk ajar dan kawalan guru adalah sangat diperlukan.
Buatlah perancangan dan cari rujukkan yang berkaitan.
Gunakan masa itu dengan berfaedah dan elakkan pelajar tunggu untuk balik sahaja.
Arahan guru mesti jelas, tepat dan tegas.
Guru Perlu jelas tanggungjawab yang diamanahkan.
Berikan sesuatu yang bermakna kepada pelajar.
Jangan biarkan pelajar buat sesuatu sesuka hati.
Ini akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Tunjukkan sifat initiatif, contoh teladan dan buat sesuatu dengan sehabis baik.


Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu
Semua guru hadir untuk memberi sokongan.
Semua guru memberi kerjasama.
Melaksanakan tugas secara kerja pasukan.
Ahli AJK faham tugas masing-masing dan melaksanakan tugas secara positif dan aktif.
Cikgu Nor : sila berbincang dengan GB penubuhan jawatan kuasa pertandingan dan masukkan juru gambar- ketua CSN, QSF dan SMK sebagai penolong , AJK backdrop, persiapan dewan, AJK kawalan disiplin, pencatat markah dan sebagainya.

Tujuan
Memupuk semangat kerja sebagai pasukan dikalangan guru.
Sebagai latihan untuk pelajar berani berucap didepan.
Meningkatkan kemahiran penguasaan Bahasa.
Latih pelajar membuat persiapan dan latih dengan bersungguh-sungguh
Latih Pelajar untuk menjadi pendengar yang baik.
Latih pelajar berdisiplin.

Semua guru membantu membuat pengawalan disipin jika tiada tugas khas pada masa pertandingan.

Pengawalan Disiplin

................Pentas..................

G PPPPPPP......PPPPPPPP G
....PPPPPP.........PPPPPPP
....PPPPPP.........PPPPPPP
....PPPPPP...G...PPPPPPP
....PPPPPP.........PPPPPPP
G..PPPPPP...G...PPPPPPP G



Lain-Lain Pertandingan atau Majlis
Sama seperti di atas.

Guru Bertugas
Maklum kepada ibubapa/penjaga jika ada kemalangan yang berat.
Jika ada hal kecemasan, hantar pelajar ke hospital secepat mungkin. Jangan tunggu penjaga datang.
Tegur pelajar serta merta jika mereka berlari pada waktu sekolah berlepas.
Beri nasihat kepada pelajar supaya berhati-hati semasa perjalanan balik ke rumah.

Jika Berlaku Kecemasan
Siapa-siapa yang nampak memberi pertolongan serta merta.

Disiplin Pelajar
Teguran serta merta diperlukan sekiranya pelajar melanggar peraturan.
Semua guru adalah guru disiplin.

Telematch Rimup
9/10/2008
Jam 8.00-9.00 pagi
Pelajar yang terlibat : Tahun 5/6
Penonton : Pelajar T1,2,3,4

Penyelaras : CSK
Pembantu Penyelaras Telematch/ Penyedia soalan Kuiz Untuk Lawatan ke Muzium : CSN ( 20 soalan- serahkan kepada CSK )
Pegawai Perhubungan/ Penyambut Tetamu : Nor/GB
Hakim : MMF,LMC,CSK,FKC
Peralatan : Bani/Nazri
Juru Camera Telematch : NBK
Kawalan Disiplin Penonton : WKS, QSF, SMK.
Disiplin semasa pelajar beratur dan keluar/masuk kelas : WYS( T3,T4), TPS (T5,T6),
GAL ( T1, T2)

Pasukan Rombongan
Ketua Rombongan Lawatan : CSK
Pen. Ketua Rombongan Lawatan : MMF
Juru Camera Semasa Lawatan : LMC
Driver Khas : GB
Pelajar yang terlibat : T5, T6


Latihan Masa Cuti Penggal Akhir Tahun
Sila sediakan latihan khas seperti yang dimaklumkan pada kontek time blog yang lepas.
Jika sudah lupa, sila rujuk balik blog.
Latihan am - FKC uruskan.

Persembahan
Sila laporkan perkembangan dalam komen blog.
Tahun 1 , Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6., Guru Lain.
1. Tajuk persembahan, 2. Budget 3. Bilangan Latihan yang telah diberikan.



Duti, dan Kelas Tambahan Khas Masa Cuti Tahun 5.
Seorang guru dua hari.
Masa :
8.30-10.30 a.m.
11.00-1.00 p.m.
BM – Mengajar BM
BI – Mengajar BI

WKS – Sila uruskan bahan dan rancangkan tajuk yang sesuai untuk guru yang mengajar BI.
NOR – Sila uruskan bahan dan rancangkan tajuk yang sesuai untuk guru yang mengajar BM
.
*– Duti dan Kelas Tambahan

Tugas Guru Yang Berduti
1. Layan Pelawat/Pegawai
2. Baca surat.
3. Menyelia dan buat kawalan sekolah, urusan kecemasan pelajar.
4 Catat peristiwa penting jika ada
5. Maklum kepada GB/PK jika ada surat penting, kursus/mesyuarat/taklimat untuk guru yang bercuti.
6. Mewakili GB menghadiri mesyuarat sekiranya GB/PK tidak dapat hadir kerana ada
urusan yang penting.

Jadual Kelas Tambahan Khas
…………..8.30-10.30.11.00-1.00
17 Nov…..QSF(BM)….SMK(BM)*
18 Nov…. SMK(BM)....SMK(BM)*
19 Nov…. GAL( BI )… GAL( BI )*
20 Nov…. GAL( BI )…. NOR(BM)*
21 Nov…. NOR(BM)….NOR(BM)*
24 Nov…. NBK( BI )…..NBK( BI )*
25 Nov…. CSN(BM)..…NBK( BI )*
26 Nov…. CSN(BM).….CSN(BM)*
27 Nov…..WKS( BI )… WKS( BI )*
28 Nov…..WKS( BI )…..TPS( BI )*

Disember
1…………..TPS..( BI )…..TPS( BI )*
2………….. LMC(BM)…..LMC(BM)*
3………….. WYS( BI )..…LMC(BM)*
30………….WYS( BI )….WYS( BI )*
2Jan09…… QSF(BM)…...QSF(BM)*

Sekiranya ada hal penting, guru boleh tukar suka sama suka hari berkenaan dengan syarat maklumkan kepada pihak pentadbir.
( Guru kelas sila sediakan jadual kehadiran pelajar untuk tandatangan guru berkenaan )

31.12.2008
9.00 pagi Mesyuarat Guru ( Semua Guru Terlibat )
10.00 pagi Mesyuarat Kurikulum ( Semua Guru Terlibat )
11.30 Jamuan ( CSK – tolong pesan )- Semua guru dijemput
12.15 Mesyuarat Pengurusan Sekolah – GB dan Semua PK


17/11,18/11,19/11,20/11,21/11 – FKC menanggung kerja GB

Duti Masa Cuti Seorang PK : 5 hari ( 4 hari bertugas di sekolah, 1 hari mewakili GB menghadiri mesyuarat sekiranya GB ada urusan penting atau berkursus.)

24/11,25/11 CSK
1/12,2/12,3/12, 4/12 MMF
15/12,16/12,17/12,18/12 FKC
22/12,23/12 CSK

(NBK – Penolong FKC )
( WYS- Penolong MMF )
( CSN – Penolong CSK )
Tugas Penolong PK – Sekirannya PK ada dua urusan penting pada masa cuti penggal dan tidak dapat uruskan pada masa yang sama, Penolong PK diminta membantu uruskannya , abaikan arahan ini jika urusan penting ini bukan pada hari yang sama.)

Surat Panggilan Daripada PKG, PPD, JPN, KPM pada Masa Cuti

Guru yang berkenaan wajib hadir tanpa gagal sekiranya ada kursus, taklimat, mesyuarat yang berkaitan dengan tugas guru. Jangan telefon kepada jabatan berkenaan untuk menolak tawaran itu.

Selepas selesai kursus, taklimat atau mesyuarat:-
Laporkan kepada GB dan PK maklumat yang penting.
Tetapkan tarikh untuk membuat kursus dalaman.

Pengagihan tugas 2009
Akan dibincang dalam mesyuarat pengurusan.


Arahan PK
Lantikan PK adalah berdasarkan tawaran perjawatan dan kekananan yang ditetapkan oleh JPN dan KPM.
Arahan PK adalah perbincangan bersama dengan GB, oleh itu patuhilah arahan PK dengan hati yang terbuka.
Kerjasama semua guru diperlukan.
Setiap tugas adalah dikaji kesesuaian situasi dan tugas guru masing-masing.
Terima tugas dengan sikap yang positif.

Perbezaan Pendapat antara Individu.
Terimalah pendapat individu secara terbuka.
Jangan kecil hati jika pendapat berbeza.
Hormat menghormati antara satu sama lain.
Wujudkan situasi yang sihat.
Jika ada perselihan faham antara satu sama lain, kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab untuk mencari pendamaian dan bukan cari peluang untuk ejek-ejekan.
Maaf-maafan adalah cara yang paling baik dan bertolak ansur demi kebaikan bersama.
Pihak atasan tidak mahu keaadaan ini berlaku, sebab masalah tidak akan selesai kecuali beerdamai dan saling hormat-menghormati.

Gaya Kepimpinan
Hormat-menghormati.
Mengenang jasa.
Memahami situasi pihak lain.
Menjaga kepentingan pelajar dan warga pendidik supaya ada titik perseimbangan.
Mematuhi arahan.
Menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Menerima cadangan yang membina untuk peningkatan pengurusan.
Membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
Pilihan terakhir dan cuba elakkan tetapi mungkin diambil jika keadaan terpaksa : Tindakan ikut prosedur tatatertib.

Rombongan Lawatan
4 guru pengiring.
1. PK Koko – ketua rombongan
2. PK Pent. atau PK Hem Penolong ketua rombongan atau Guru Tahun 6.
3. Guru Tahun 6 diberi keutamaan untuk rombongan
4. Lain-lain guru.

3 bulan sebelum lawatan.- tubuhkan AJK
Buat permohonan rombongan kepada PPD
Buat surat permohonan lawatan ke Kilang atau Pejabat Khas.
Buat surat permohan tiket konsesi.
Senarai nama pelajar untuk permohonan disediakan oleh guru tahun 6 dan dibantu oleh seorang guru pengiring.

Taklimat dan mesyuarat Guru Pengiring perlu diadakan 2 hingga 3 kali sebelum lawatan
Taklimat kepada semua guru pengiring supaya faham tugas masing-masing.
Keselamatan pelajar diberi keutamaan.
Senarai tugas guru pengiring.
Peraturan menepati masa.
Kit pertolongan cemas ( lantik seorang guru )

7 Hari sebelum lawatan.
Taklimat diberi kepada pelajar ( Semua guru pengiring hadir bersama)
Guru Pengiring bergilir untuk memberi taklimat.
Surat kebenaran ibu bapa.
Peraturan semasa lawatan.
Peraturan naik turun baik.
Peraturan melintas jalan.
Peraturan semasa di bas. ( Pelajar tidak dibenarkan berdiri atau berjalan di dalam bas semasa bas sedang bergerak.)
Peraturan semasa makan.
Peraturan menepati masa.
Barang/alat yang perlu dibawa.
Penyakit/ubat yang perlu diberi perhatian

Dua hari sebelum lawatan
Taklimat dan peringatan kepada pelajar. ( Semua guru pengiring hadir bersama)





Sebelum perjalanan mula
( Semua guru hadir bersama di sekolah untuk membantu dan mengawal disiplin pelajar )
Semak kehadiran.
Peringatan peraturan.


Semasa Lawatan
Ada 3 kategori guru pengiring. ( Diatur sebelum lawatan.)
Kategori A di hadapan pelajar ( 2 orang- Ketua dan Penolong Rombongan )
Kategori B di tengah-tengah
Kategori C di belakang

Peringatan :
Guru perlu menepati masa juga.
Guru pengirin perlu berada ditempat yang ditetap.
Semua pelajar tidak dibenarkan melepasi guru yang memimpin.

Di Kaunter Masuk
Ketua Rombongan Beli Tiket. Guru pengiring lain membantu.
Penolong Ketua Rombongan di depan memimpin pelajar.
Seorang guru di tengah menjaga disiplin pelajar.
Seorang guru di belakang menjaga keselamatan pelajar.


Kaunter Tiket
Ketua Rombongan



Pintu Masuk
G( Pembantu K. Rombongan )
PP
PP
PP
PP
PP
PP..G
PP
PP
PP
PP
PP
PP
G

Semasa melintas jalan.

............G.............( memberi arahan )

....................Jalan.............................

.........G...........G
...........PPPPPPPPPP
...........PPPPPPPPPP
...........PPPPPPPPPP.G



Semasa menuju ke sesuatu tempat/destinasi
Pelajar tidak dibenarkan melepasi guru yang memimpin.
GG
PP
PP
PP
PP
PP
PP.G
PP
PP
PP
PP
PP
G

Turun Bas
Sebelum turun bas, guru memberi arahan kepada pelajar

2 orang guru turun dulu untuk mengawal.
Seorang guru di tengah.
Seorang guru di belakang

.......G......G
.....BAS.. PPPPPPPPGPPPPPPPG

Naik Bas
2 orang guru jaga di pintu bas dulu untuk mengawal.
Pelajar naik bas.
Seorang guru di tengah.
Seorang guru di belakang

...............PPPPPPPPGPPPPPPPG
......G......G
.....BAS..

Setelah Sampai Balik
2 orang Guru Pengiring turun dulu dan jaga pelajar turun bas.
2 orang Guru pengiring periksa bas jika ada barang ketinggalan pelajar.
Pasti semua pelajar telah selamat disambut oleh ibubapa guru pengiring baru balik.
Bantu pelajar menelefon ibubapa atau hantar pelajar balik ke rumah yang menghadapi masalah.

Semua pelajar selamat balik ke rumah
Guru pengiring baru balik.


Rutin sebelum, semasa dan selepas P & P
Keterangan guru mesti jelas, mudah dan tepat.
Guru perlu anggap rutin sebagai satu pendidikan yang perlu diberi keutamaan.
Pelajar mesti diberi arahan awalan dan tahu apa yang perlu buat sebelum guru masuk kelas, semasa guru masuk kelas, apa yang mereka patut buat semasa guru menyalin di atas papan putih atau memasang alatan, semasa P & P apa yang mereka patut buat, selepas P & P apakah tindakan susulan yang perlu diambil oleh mereka. Penjelasan ini patut dianggap serius oleh guru.
Rumusan dan arahan cikgu pada akhir P & P adalah juga sangat penting. Pelajar akan dimaklumkan apa hasil mereka, apa perasaan guru, apa yang diharapkan oleh guru, apa yang dibelajari oleh guru.
Jika rutin tidak diatur dengan baik, guru akan menerima akibat yang buruk, iaitu masalah disiplin, pelajar tidak mematuhi arahan guru, pelajar tidak tahu apa yang mereka perlu buat. Perkara rutin bukan dibuat sekali dan boleh berjaya seterusnya. Ia perlu diberi latihtubi kepada pelajar untuk kebiasaan dan membentuk tabiat yang sihat.

Pemeriksaan Gigi Pelajar
3 minggu mulai 24.sept.2008
Guru yang mengajar kelas berkenaan sila memberi bantuan kepada jururawat berkenaan.
Disiplin pelajar perlu juga dibaut kawalan.


Initiatif
Pelajar perlu dilatih untuk berinitiatif buat sesuatu.
Guru perlu memberi teladan.

Guru yang menghadiri Kursus.
Sila memberi kursus dalaman selepas berkursus.