Friday, August 22, 2008

Nasihat PPDR kepada Guru ( Jumaat 22.8.2008)

PPDR baru-baru ini terima aduan daripada ibu bapa bahawa ada pelajar ditampar dan dipukul oleh guru tanpa prosedur yang betul di beberapa buah sekolah . PPDR pesan GB maklumkan hal ini kepada semua guru.

PPDR nasihatkan guru-guru perlu berhati-hati untuk mengawal emosi diri sendiri.
Pukul dengan tangan, tampar pipi, tarik telingga, campak dengan kapur atau penggosok papan hitam, sindirdengan perkataan yang menggangu emosi atau cacian di depan kelas atau perhimpunan adalah ditegah. Sebaliknya kita perlu membimbing dan menunjuk cara yang betul supaya pelajar dibawah jagaan kita dapat didikan yang seimbang dari segi emosi dan intelek. Pelajar perlu dibimbing dengan cara yang betul. Pelajar perlu dilayan dengan adil, kerana mereka hadir ke sekolah untuk mendapat tunjuk ajar daripada guru. Jika mereka ada kesilapan, guru perlu membimbing mereka ke arah yang betul. Menyalahkan budak yang kecil adalah bukan cara yang profesional. Adalah menjadi tanggungjawab guru membaiki tingkahlaku pelajar dengan kasih sayang dengan cara yang tegas dan hati yang mulia.