1. Setiap guru mata pelajaran perlu ada Sukatan Pelajaran M. Pelajaran berkenaan berdasarkan kepada Semakan Semula KBSR.
2. Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini perlu ada dan bukan yang lama.
3. Rancangan Tahunan Perlu berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Rancangan Tahunan Perlu Catat Bilangan Minggu yang betul berdasarkan tahun semasa.
4. Rancangan Harian perlu rancang dengan teliti.
5. Aktiviti-aktiviti P & P perlu memberi makna kepada pelajar dan memberi keseronokan pelajar demi memupuk rasa ingin tahu mereka.
6. SP dan HSP yang lama perlu diasingkan atau disimpan di tempat yang berlainan supaya tidak bercampur aduk dengan SP dan HSP yang lama.
7. Latihan yang diberi perlu berdasarkan kepada SP dan HSP.
8. Guru perlu sentiasa merujuk kepada SP dan HSP supaya pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan.
9. Refleksi perlu dicatat selepas selesai setiap pengajaran. Kaji balik kelemahana dan kekuatan yang ada supaya dapat membuat tindakan susulana yang boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang patut dipelajari.