Sunday, August 10, 2008

Kontek Time 11.8.2008

Kontek Time 11.8.2008 Isnin

1. Mesyuarat PIBG mengenai Pesta Tanglung ( 13.8.2008 Rabu )
Semua guru dijemput hadir.
S/U : Sila pastikan surat panggilan diedarkan kepada semua AJK dan semua guru.

2. Adakah semua guru membaca blog ini? Ataupun guru lebih suka pakai sistem lama.
Slia memberi komen. TQ.

3. Ujian PKSR Tahun 5 bulan ogos dimulakan minggu ini.
Semua guru ( Tahun 1 hingga tahun 6 ) diminta buat refleksi pencapaian pelajar-pelajar.
Terutamanya mata pelajaran UPSR. ( BC, BM, BI, MT, SN). Tindakan susulan yang praktikal diambil untuk peningkatan prestasi mata pelajaran berkenaan. Pemulihan yang berterusan diberikan kepada pelajar yang galus ( Gagal/lulus ).

4. Sesiapa yang berminat untuk memohon kursus PGSR sila maklumkan melalui blog ini.

5. PTR mengambil cuti peperiksaan hari ini.

6. Bani cuti rehat hari ini.

7. Pertandingan mewarna Sek Rendah. (16 ogos 2008)
Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah, Kuala Kangsar.
8.00 pagi pendaftaran
11.30 pagi penyampaian hadiah.

8. Taklimat Pendaftaran Ujian Khas ( 13 ogos 2008), 8.30 pagi, PPD. U.P: PTR

9. Kursus Peningkatan Kemahiran pengajaran awal membaca murid-murid Pra sekolah Peringkat Daerah Kuala kangsar 2008. ( 8.8.2008) GGY

10. Taklimat Penyeliaan Kelas Prasekolah 11.ogos 2008 u.p: PK.Pent (Fong)

11. Penghantaran maklumat Pencapaian 2M murid-murid Prasekolah sebelum 29.Ogos 2008. u.p: GGY.

12. Status Murid Tidak menguasai 3M Berakhir Julai 2008 u.p: GAL dan Fong, sebelum 12 ogos. 2008.

13. Laporan pemeriksaan Sekolah ( KKM) : Markah : 73%.
Komen : 1) Penunjuk arah perlu ada 2) Aktiviti pencegahan perlu dipertingkatkan dan bebas daripada lipas, lalat, tikus dan nyamuk.

14. Tatacara disiplin perlu ikut surat pekeliling.

15. Memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar secara positif dan tidak meninggalkan kesan negatif.

16. Pegawai daripada pejabat kesihatan telah memeriksa sekolah tentang jentik-jentik nyamuk aedes pada hari ini. ( Laporan : Baik. )

17. Jika dapat komplain daripada ibubapa atau penjaga, jangan susah hati dan sepatutnya anggap ia sebagai satu cabaran. Buat penambahbaik supaya imej guru dan imej sekolah dapat dijaga dengan baik. Bersifat positif dan jangan prejudis terhadap perkara sebegini. Tak kira siapa betul atau salah, tugas kita ialah menjaga status kita sebagai pendidik. Pandangan pihak luar sama sekali berbeza dengan pandangan kita. Kesabaran dan kekuatan mental akan membolehkan kita menyelesaikan masalah secara rasional.

18. Penguasaan 3M untuk pelajaran menjadi agenda yang utama sekolah rendah. Semua guru digesa berusaha ke arah sifir Buta 3M.

19. Laporan Pemeriksaan Nyamuk Aedes perlu hantar sebelum 7hb. u.p: Loo

20. Guru ICT/Data digalakkan melayari laman web IAB utara untuk mendaftar kursus secara online : kursus membina laman web pada Oktober 2008.

21. Apakah cadangan dan program Panitia Matematik mengenai pelajar yang tidak dapat menghafal sifir darab.